Utama Uncategorized Hasrat Alif Ke MRSM Merbok Tercapai

Hasrat Alif Ke MRSM Merbok Tercapai

7 Februari 2017 – Terima kasih Zakat Kedah! Itulah antara kata-kata yang sempat dirakam ketika Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Mohd Sani bin Harun bertemu penerima Bantuan Kewangan Miskin Bulanan daerah Kuala Muda, Encik Rajie Ali apabila dimaklumkan LZNK berbesar hati menghantar anaknya, Mohd Alif Rajie ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok hari ini.

Mohd Sani Harun yang menemui keluarga ini di Kampung Sintok Bugis berkata, keluarga ini tidak mempunyai sebarang kenderaan, justeru LZNK terpanggil untuk membantu keluarga ini.

…Kami telah menyediakan kenderaan untuk menghantar adik Alif ke MRSM Merbok bersama ahli keluarganya sebagai persediaan untuk hari pendaftaran adik Alif.

Terdahulu, adik Alif telah membanggakan keluarganya apabila berjaya mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan PT3 sekaligus melayakkan beliau untuk mendapat tempat di MRSM Merbok.

Kakaknya yang juga pelajar cemerlang PT3 bagaimanapun tidak dapat meneruskan pelajaran di MRSM setelah keluarga ini menghadapi masalah kewangan, namun masih belajar di sekolah menengah biasa.

…kakak Alif juga dapat 10A 1B tapi sebab kami tiada cukup duit, dia (kakak Alif) redha dengan keputusan tersebut.

Rajie Ali merupakan penerima Bantuan Kewangan Miskin Bulanan LZNK sejak dua (2) tahun lepas.

LZNK turut memberikan sebuah beg sekolah LZNK serta bantuan makanan segera berupa biskut, pek milo dan sebagainya kepada adik Alif.

newsdsd news_mrsm1 news_mrsm2

Exit mobile version

KAJIAN MENGENAI KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Sukacita dimaklumkan bahawa satu kajian mengenai perkara di atas sedang dijalankan. Kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pihak berkepentingan terhadap kualiti perkhidmatan di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sila klik SINI untuk menjawab borang soal selidik ini.

Kerjasama serta perhatian tuan/puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.