YAN, 30 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Yan berkesempatan melawat beberapa buah rumah yang terlibat dalam bencana ribut yang dilaporkan berlaku baru-baru ini di Kampung Jemerlang, Kota Sarang Semut.

Sebanyak 8 buah rumah telah mengalami kerosakan yang teruk apabila angin kuat telah menerbangkan sebahagian besar bumbung rumah dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, terdapat salah seorang daripada mangsa kejadian merupakan penerima bantuan kewangan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.30 petang disusuli hujan yang sangat lebat.

Lawatan yang diketuai oleh wakil Pejabat Zakat Daerah Yan ini turut melibatkan penolong amil kariah Ustaz Khairel Nazri.

Sehubungan itu, bantual kecemasan telah disalurkan dalam bentuk barangan makanan dan bantuan susulan akan diproses dalam tempoh segera bagi meringankan bebanan mangsa.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf