Semua mangsa ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas berlakunya banjir kilat minggu lalu, menerima bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga bersama sebuah kotak kit makanan asas.

Dalam majlis tersebut, DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin telah berkenan mencemar duli berangkat untuk menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa banjir dengan disaksikan YTM Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Daro’ Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim serta Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman

Penerima bantuan, Fatimah Ahmad, 56, berkata, dia berasa bersyukur apabila menerima bantuan wang tunai bagi meringankan bebannya sekeluarga

“Adanya wang tunai itu maka dapatlah saya sekeluarga membeli barangan keperluan untuk sambutan hari raya nanti,” katanya yang ditemui di sini hari ini,

Sementara itu, Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai berkata, kejadian banjir kilat di daerah itu sudah berlaku sebanyak 20 kali berikutan limpahan air sungai hingga memerlukan tindakan segera dilakukan.

Katanya, pihaknya bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan jangka pendek dengan melakukan pembersihan sungai.

“Bagi tindakan jangka masa panjang pula, Pejabat Daerah Kulim mencadangkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk Sungai Kulim dengan kos RM150 juta dan Sungai Jarak dengan kos RM400 juta.