KULIM, 12 FEBRUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kulim baru-baru ini telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama penerima bantuan secara bulanan bermula 10 Februari sehingga 18 Februari 2019.

Sesi yang dirancang ini akan mengumpulkan keseluruhan penerima bantuan bulanan di daerah Kulim seramai 973 keluarga secara berperingkat di enam buah masjid terpilih.

Proses bancian dilaksanakan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) secara tahunan bagi memastikan para penerima bantuan bulanan ini masih layak untuk dibantu pihak LZNK menggunakan wang zakat.

Hal ini kerana, terdapat beberapa orang penerima bantuan sudah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan sejak menerima bantuan tersebut. Malah, ada di kalangan mereka sudah mampu menjadi pembayar zakat untuk dimanfaatkan kepada keluarga asnaf yang lain.

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Kulim telah mengumpulkan seramai 135 keluarga dari kelompok pertama dalam sesi pertemuan di Masjid Saidina Abu Bakar, Taman Kenari. Asnaf-asnaf yang dikumpulkan adalah dari kariah Taman Kenari, Kulim Hi-Tech, Kelang Lama, Sungai Ular, Terap, Sungai Tengas dan Kampung Badlishah.

Turut serta dalam pertemuan tersebut Penolong Amil Kariah untuk diperkenalkan kepada para penerima bantuan.

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak berkata, Baru-baru ini, pihak zakat menerima aduan mengenai sebuah keluarga yang tinggal di daerah kulim melalui NGO memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang bantuan zakat menyebabkan kehidupan mereka serba kekurangan.

Setelah disemak oleh pihak zakat, ternyata keluarga ini merupakan salah seorang penerima bantuan secara bulanan sejak tahun 2014 yang lalu.

Tambahnya lagi, Pihak zakat amat berasa sedih apabila terdapat segelintir penerima bantuan malu untuk menyatakan kebenaran semata-mata terlalu inginkan bantuan daripada pihak lain.”

Tindakan sebegini akan menimbulkan pandangan negatif masyarakat terhadap institusi zakat sedangkan bantuan telah dihulurkan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf