KOTA SETAR, 16 FEBRUARI 2021 – Pihak LZNK telah menyantuni adik Muhammad Adam yang terlantar akibat mengalami barah otak semenjak 2 bulan yang lalu. Siasatan ini dibuat bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En Azizul Rusmadi Bin Abdul Rahman dan kakitangan Pejabat Zakat Daerah Kota Setar.

Hasil siasatan mendapati, En.Azhar Bin Saad merupakan ketua keluarga, mempunyai seorang isteri, Zariati Binti Abdul Halim, seorang suri rumah sepenuh masa, 3 orang anak dan turut menjaga ibunya yang telah uzur.

En. Azhar bekerja sebagai buruh kasar dan mempunyai pendapatan tidak menentu, ditambah lagi dengan ujian penyakit yang dialami oleh anak sulongnya.

Anak sulong kepada pasangan ini yang bernama Muhammad Adam, 7 tahun telah menunjukkan reaksi tidak normal dan terus menerima rawatan dari Hospital Sultanah Bahiyah pada 28 Disember 2020. Laporan rawatan telah sahkan bahawa Muhammad Adam menghidapi penyakit “high grade brainstem glioma” dan perlu menerima rawatan susulan di Jabatan Pediatrik, HSB.

Melalui siasatan yang dijalankan, pemohon bakal menerima bantuan kewangan rawatan dari pihak LZNK bagi meringankan beban keluarga dan menampung perbelanjaan rawatan di hospital.

Selain itu, pemohon turut memaklumkan telah membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah pada pagi ini.

Pemohon turut berterima kasih atas bantuan yang diterima dari pihak NGO, penduduk setempat yang membantu selama ini.

Sebuhungan itu, pihak LZNK amat menghargai keprihatinan semua pihak yang terlibat dalam menyantuni asnaf.

Jika anda terjumpa asnaf atau ingin mendapatkan kepastian atau menyemak status asnaf yang dibantu oleh LZNK, anda boleh membuat demikian dengan menghubungi kami di talian 04-7331740, Whatsup 019-4181740 atau emelkan aduan anda di aduan@zakatkedah.com.my.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”