ALOR SETAR, 26 NOVEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf serta Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah menyerahkan bantuan Alat ‘Left Hinge Ankle Foot Orthosis’ dan ‘Right Solid Ankle Foot Orthosis’ yang bernilai RM1320.00 kepada Adik Rayyan Amysar Azmi, 7 tahun di Klinik Pakar Rehabilitasi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Rayyan Amsyar yang merupakan anak bongsu kepada 5 adik beradik ini mengalami masalah ‘spastic Diaplegic Cerebral Palsy GMFSC III’ iaitu mengalami lemah anggota pada kedua-dua belah kaki dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapanya bagi melakukan aktiviti harian. Alat tersebut berfungsi sebagai menyokong kedua-kedua belah kaki bagi membolehkannya untuk berjalan.

Penyerahan alat ini telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad. Ibunya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan amat berterima kasih kepada LZNK dan para pembayar zakat kerana telah mengurangkan beban beliau sekeluarga.

Difahamkan oleh ibu Rayyan, kelima-lima anaknya berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU). Manakala suaminya pula terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana menghidap penyakit buah pinggang.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf