LANGKAWI, 13 MAC 2019 – Semangat dan usaha gigih disamping sikap tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan ternyata membuahkan hasil bagi Ali Busu, 46 tahun yang merupakan seorang pemotong rumput.

Berkat daya usaha tersebut telah membuktikan beliau seorang yang cekal dalam mencari sesuap nasi dan rezeki bagi menyara dirinya serta keluarga.

Ali Busu bekerja sebagai pemotong rumput dengan meminjam mesin pemotong daripada kenalannya disebabkan beliau tidak mampu untuk membeli dan memiliki sebuah mesin rumput sendiri.

Terdahulu, beliau dapat menarik nafas lega apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah telah meluluskan permohonan Bantuan Jaya Diri yang dimohon oleh beliau sebelum ini.

Sehubungan itu, Penolong Pegawai Zakat Daerah Langkawi, Ustaz Muhammad Mustaffa berkesempatan hadir bagi tujuan menyerahkan peralatan tersebut kepada beliau.

Dalam pada itu, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh beliau selain perasaan sangat terharu, gembira dan bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan oleh LZNK.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”