LANGKAWI, 11 NOVEMBER 2018 – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan keadaan keperitan hidup Arfah Sarib yang terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya Arshard Ali terlantar akibat serangan jantung.

Berikutan daripada kisah hidup Arfah, wakil Pejabat Zakat Daerah Langkawi, berkesempatan menziarahi keluarga itu bagi menyerahkan sebuah tilam angin (ripple mattres) kepada Arfah Sarib di Kampung Yooi, Langkawi.

Menurut Arfah, setiap hari beliau akan menguruskan suami bersama anak bongsunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Bukan itu sahaja, beliau bahkan perlu membeli susu serta pampers setiap bulan bagi kegunaan suaminya dan menyebabkan mereka sekeluarga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi bagi menampung perbelanjaan sara hidup.

Oleh itu, Pejabat Zakat Daerah Langkawi berharap agar bantuan yang disalurkan kepada Arfah sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf