LANGKAWI, 25 APRIL 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperuntukkan RM150,000.00 bagi membina 3 buah rumah asnaf di sekitar Pulau Langkawi, ia merupakan projek pertama bantuan bina rumah zakat di Pulau tersebut.

Projek pembinaan rumah asnaf ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.

Kediaman bersaiz 20 x 32 kaki itu dilengkapi kemudahan air dan elektrik.

Projek bantuan bina rumah zakat ini melibatkan pembinaan 2 buah rumah di Kampung Nyior Chabang dan sebuah lagi di Kampung Lawer.

Penerima yang ditemui bersyukur dengan bantuan tersebut.

Majlis penyerahan kediaman zakat tersebut dilakukan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Muhammad Arof Darus.

Dalam pada itu, beliau yang ditemui berharap agar umat islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf LZNK, Ridzuan Ahmad, dan penghulu -penghulu mukim serta.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”