BANDAR BAHARU, 01 OKTOBER 2018 – Fatimah Bakar, 68 tahun, kini dapat menarik nafas lega apabila kesusahan hidup yang dialami oleh beliau mendapat perhatian dan disantuni oleh Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu baru-baru ini di Kampung Batu Relau.

Beliau bersama enam ahli keluarga yang lain tinggal disebuah rumah pusaka yang sudah uzur dan dibina diatas tanah orang lain. Tambah merisaukan Fatimah apabila dikhabarkan bahawa rumah tersebut akan dirobohkan manakala tanah akan tersebut akan diambil kembali jika tiba masanya.

Menurut Fatimah, beliau tidak bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan seorang anak yang bekerja untuk menampung perbelanjaan isi rumah. Dengan pendapatan anak yang bekerja dan tidak seberapa itulah menjadi rezeki untuk menyara dua orang anak, dua orang anak saudara dan dua orang cucunya.

Oleh itu, Fatimah berharap agar permohonan bantuan bina rumah ini diluluskan oleh pihak zakat kedah dan beliau menzahirkan perasaan syukut serta berterima kasih kepada semua pembayar zakat yang menunaikan zakat.

Dalam pada itu, turut hadir bersama dalam ziarahan ini, Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu,Haji Md Sharif Md Isa, Penolong pegawainya, Muhammad Fitri Abdul Aziz dan Penolong Amil Qaryah, Murad Ghazali.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf