ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2019 - Buat julung kalinya Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Zakat, Cukai, Wakaf dan Pembangunan Ekonomi (ZAWED 2019) bertempat di Adya Hotel, Kuah Langkawi. Seminar yang diadakan tersebut berjaya menghimpunkan lebih 130 peserta dari dalam dan luar negara, ia bertujuan melihat semula konsep dan aplikasi pengurusan zakat, wakaf, baitulmal dan hibah dalam pembangunan ekonomi serta perniagaan Islam. Selain itu, Seminar Zawed 2019 Ini diadakan untuk membincangkan serta ,embahas perkara-perkara berkaitan pengurusan zakat, wakaf, baitulmal, hibah dan pembangunan perniagaan Islam yang lain. Seminar yang diadakan selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat, Hajjah Fuziah Salleh. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan
Baca Selanjutnya-
-
ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2019 - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan memperkenalkan aplikasi 'Zakat On Touch' (ZOT) untuk memudahkan pihak pengurusan serta pembayar zakat memantau dan menyemak kutipan serta pengagihan zakat menggunakan telefon pintar secara telus dan efisien. Ketua Pegawai Eksekutifnya Syeikh Zakaria Othman berkata langkah itu sebagai usaha pihaknya untuk beralih daripada sistem manual kepada sistem pengoperasian secara digital sepenuhnya menjelang 2030. "Dengan menggunakan telefon pintar sahaja, pihak pengurusan zakat termasuk penolong amil di masjid boleh mengemas kini data secara mudah contohnya berapa pengagihan bantuan bekalan makanan menerusi food bank, kita akan menilai sejauh mana keberkesanan aplikasi itu selepas ini dengan memperoleh data yang tepat dalam talian. "Aplikasi ini mudah digunakan, penolong amil hanya perlu mengimbas kad pengenalan penerima bantuan dan sistem ini akan terus mengemas
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2019 - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bakal membangunkan sebuah perkampungan mualaf seluas 0.60 hektar di Mukim Lepai di sini pada penghujung tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, perkampungan itu diwujudkan bagi menyediakan perlindungan termasuk tempat tinggal dan juga pendidikan kepada saudara baharu. Menurutnya, pihaknya kini dalam proses rundingan dengan Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah di Kampung Sungai Mati, di sini bagi urusan pemilikan tanah. "Selain lokasinya yang strategik, kompleks berkenaan turut dipilih kerana mempunyai institusi pendidikan yang lengkap mengikut peringkat umur," katanya ketika ditemui selepas Program Maulidur Rasul Bersama Mualaf di pekarangan menara LZNK di sini hari ini. Syeikh Zakaria berkata, kerja-kerja pembinaan rumah dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan dengan kos tidak melebihi RM1juta. "Insya-ALLAH perkampungan itu berupaya memuatkan 20
Baca Selanjutnya -
ALOR SETAR, 03 DISEMBER 2019 - Kisah seorang remaja berusia 19 tahun yang bertindak mengelar tangannya selepas disahkan menghidap penyakit kanser sehingga tular di laman sosial Facebook mendapat perhatian pelbagai pihak. Penderitaan remaja dari Kampung Berjaya di sini, tular apabila kisahnya dikongsi pengasas Cancers Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal. Zuraini berkata, remaja berkenaan disahkan menghidap kanser usus selepas mengalami cirit-birit yang teruk. Menurutnya, anak kedua dari tiga beradik itu juga sebelum ini menghidap penyakit thalasemia sejak tahun 2015. "Apabila seseorang miskin, kemudiannya disahkan menghidap penyakit kanser maka dia akan menjadi tertekan. Samalah seperti remaja ini yang mula tidak mahu makan ataupun minum dan menyendiri. "Satu hari remaja ini cuba mengelar pergelangan tangan sebelum diselamatkan ibunya. Dia bertindak demikian kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya untuk menanggung kos rawatan penyakitnya," katanya. Zuraini berkata,
Baca Selanjutnya -
SELANGGOR, 24 OKTOBER 2019 - “Bila saya dilantik menjadi CEO zakat, baru saya sedar rupa-rupanya yang paling susah bukan nak urus kutip dan agih zakat, tapi yang paling susah ialah nak mengurus persepsi masyarakat.” Itu luahan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 dan Ijtimak Penggerak Zakat Kebangsaan yang diadakan di Movenpick Hotel & TH Convention Centre, KLIA pagi tadi. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri itu dihadiri kira-kira 300 orang dari pelbagai agensi kerajaan termasuk semua Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seluruh negara. Dalam ucapan beliau, Syeikh Zakaria menekankan tentang kepentingan kepercayaan masyarakat yang harus segera dipulihkan supaya institusi
Baca Selanjutnya -
YAN, 24 OKTOBER 2019 - Baru-baru ini, wakil Pejabat Zakat Daerah Yan berkesempatan turun padang bagi melawat -mangsa-mangsa ribut di Kampung Kuala Sungai Limau Dalam Yan. Menurut maklumat daripada penduduk setempat, kejadian ribut tersebut telah berlaku kira-kira pada jam 3.45 petang yang turut melibatkan 2 buah rumah mengalami kerosakan yang teruk akibat daripada bencana itu. Dalam lawatan tersebut juga, Pegawai Zakat Daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan turut menyampaikan sumbangan wang tunai serta barang makanan asas kepada kedua-dua keluarga mangsa bagi tujuan meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka berikutan bencana tersebut. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH “PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740 “Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”
Baca Selanjutnya -
BANDAR BAHARU, 24 OKTOBER 2019 - Baru-baru ini, pembekal yang menghantar bekalan makanan (FOOD BANK) Lembaga Zakat Negeri Kedah LZNK telah pun tiba di pusat-pusat bekalan makanan di sekitar daerah Bandar Baharu. Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa berkata projek FOOD BANK ini adalah salah satu bentuk agihan bantuan kepada penduduk islam di negeri kedah khususnya di daerah Bandar Baharu yang mengalami terputus bekalan makanan. Mengulas mengenai sejauh mana keberkesanan projek FOOD BANK ini, Haji Md Sharif yakin projek ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu penduduk negeri kedah yang mengalami masalah terputus bekalan makanan, tambahan pula lokasi pusat bekalan makanan ini adalah di masjid-masjid seluruh negeri kedah. Selain itu, LZNK juga adalah institusi zakat pertama di Malaysia yang menjadi perintis kepada projek ini. Barang
Baca Selanjutnya -
BANDAR BAHARU, 24 OKTOBER 2019 - Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa bersama Penolong Pegawainya turun padang ke Kampung Permatang Kerat Telunjuk bagi melawat mangsa ribut Idris Mat Taib, 90 tahun. Samsudin 55 tahun, anak kepada Idris ketika ditemui menceritakan detik kejadian tersebut. Akibat daripada angin kuat dan hujan lebat, sebatang pokok telah tumbang menghempap bumbung dibahagian dapur rumah menyebabkan bumbung rosak serta beberapa barang mengalami kerosakan. Katanya, Bapanya yang tinggal seorang diri itu bernasib baik kerana ketika kejadian bapanya sedang berada di ruang tamu. Lawatan kakitangan PZDBB mendapati keadaan bumbung tersebut sudah uzur dan terdapat kayu-kayu yang telah reput. Dalam kunjungan yang sama, Haji Md Sharif turut menyerahkan wang bantuan zakat kepadaIdris bagi meringankan beban yang ditanggung beliau akibat bencana tersebut. 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI
Baca Selanjutnya -
KUBANG ROTAN, 05 SEPTEMBER 2019 - Sultan Negeri Kedah, Al - Aminul Karim Tuanku Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah baru-baru ini berkenan menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk sekitar Kubang Rotan yang terjejas kehidupan mereka akibat kejadian ribut Lekima pada bulan Ogos lalu. Terdahulu, Sultan Sallehuddin yang tiba di Kampung Masjid, Kubang Rotan, berkenan melawat salah sebuah rumah mangsa ribut untuk menyampaikan sumbangan wang dan barangan keperluan sebelum berangkat ke Masjid Nurul Ehsan, bagi penyampaian sumbangan kepada 517 penerima yang lain. Pelbagai bantuan telah dan sedang disalur kepada semua mangsa melalui agensi kerajaan termasuk daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Tabung Amanah Pegawai Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain peruntukan dana RM20,000 diberikan kepada setiap daerah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. Dalam majlis yang sama juga Lembaga Zakat Negeri
Baca Selanjutnya -
KUBANG PASU, 03 SEPTEMBER 2019 - Kemerdekaan Negara Malaysia yang telah dikecapi lebih dari 62 tahun telah menyaksikan perkembangan pesat dari segi sosio ekonomi, politik dan sosio rakyat Malaysia. Nikmat kemerdekaan ini telah membuka peluang yang amat luas kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, untuk meningkatkan taraf hidup baik dari segi pendidikan, kewangan dan kehidupan. Baru-baru ini Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengadakan program Konvoi Kembara Merdeka 350 tahun Zakat Kedah. Program yang bermula seawal pagi itu dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan pagi daripada peserta-peserta konvoi yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah,Jabatan Kebajikan Masyarakat, Syarikat Korporat, NGO, Kelab Motosikal Y15, serta kakitangan LZNK. sebelum perlepasan konvoi tersebut para peserta turut diberikan penerangan Taklimat keselamatan dan disusuli dengan bacaan doa agar sepanjang program tersebut berjalan dengan
Baca Selanjutnya