BALING, 01 NOVEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Baling telah menyantuni keluarga Che Yah Awang Man, berumur 67 tahun, yang tinggal di Kampung Sri Ketengga, Mukim Siong,Baling,Kedah.

Che Yah yang sudah uzur tinggal bersama dua orang anak bujang beliau di dalam sebuah rumah yang usang dan daif.

Menurut Che Yah, rumah yang didirikan oleh arwah suami beliau tidak dapat diperbaiki kerana anak-anak beliau hanya bekerja kampung malahan keadaan kesihatan beliau juga sering terjejas kebelakangan ini.

Berikutan nasib yang dialami oleh Che Yah sekeluarga, Pejabat Zakat Daerah Baling telah membuat pengesahan atas permohonan beliau di samping akan menilai semula bantuan yang sewajarnya diberikan kepada Che Yah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf