KUALA MUDA, 27 JANUARI 2019 – Pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah berkesempatan melakukan penyerahan kaki palsu kepada seorang penerima, Badariah Ishak.

Penyerahan tersebut telah dilakukan di kedai khas yang membekalkan kaki palsu dan kerusi roda di Pulau Pinang.

Badariah kini menetap di Kampung Sungai Yu bertugas sebagai guru KAFA dengan pendapatan beliau ditambah dengan bantuan yang diterima dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

Menurut Badariah, beliau amat memerlukan kaki palsu yang baru disebabkan kaki palsu yang dipakai sekarang sudah rosak.

Kaki palsu yang dipakai beliau sebelum ini sudah berusia lebih 10 tahun dan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan kesakitan kepada beliau apabila memakainya.

Pihak LZNK yang bertanggungjawab menguruskan wang zakat penerima telah meluluskan pembelian kaki palsu baru yang berjumlah RM4900.00 kepada Badariah.

Menurut wakil dari pihak LZNK, bantuan yang diagihkan kepada asnaf menitikberatkan keperluan asnaf dan keselesaan pengguna.

LZNK inginkan bantuan yang diberikan kepada asnaf-asnaf dapat digunakan sebaik mungkin agar manfaat bantuan zakat ini akan membuahkan saham kembali kepada para pembayar zakat.

Disebabkan itu juga, LZNK akan turun melihat sendiri penyerahan dan kesesuaian bantuan yang diberikan agar bantuan tersebut boleh digunakan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf