Terima Kasih Tak Terhingga

Y.Bhg. Dato' Syeikh Ghazali Bin Haji Yaacob, DSDK
1993 - 2017

Kenali Mantan Ketua Pegawai Eksekutif

BIODATA Y.BHG DATO’ SYEIKH GHAZALI BIN HAJI YAACOB, DSDK

Dato’ Syeikh Ghazali Bin Haji Yaacob dilahirkan pada 17 Mac 1938 di Teluk Bagan, Alor Setar, Kedah.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop pada tahun 1946 hingga 1949.

Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Mahmud dari tahun 1950 sehingga 1957 dan menyambung pengajian di peringkat tinggi sehingga tahun 1962.

Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir mulai tahun 1979 sehingga tahun 1981 dan mendapat (B.A)

PENGLIBATAN PERTUBUHAN SOSIAL DAN PROFESIONAL

  • Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri Kedah
  • Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan Kedah
  • Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Yayasan Islam Negeri Kedah
  • Menjadi Imam Masjid Rafi’ah, Taman Uda, Alor Setar selama 22 tahun
  • Guru Kursus Haji di Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah

ANUGERAH DARJAH KEBESARAN

  • Sebagai menghargai jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Kedah, Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 2001.
  • Dinobatkan sebagai tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.
Top