Sejarah Ringkas Penubuhan Pusat Kemahiran Jahitan Zakat Kedah

fff

“Berilah kail, jangan diberi ikan”

Demikianlah peribahasa lama yang sering kita dengar. Dapat berdikari dengan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata. Atas dasar tersebut, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) merintis jalan ke arah mendidik dan mengasah bakat serta meningkatkan kemahiran di kalangan asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1 Ogos 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Jahitan Ansaf di Aras Tanah, Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.

Di awal penubuhannya, Bengkel Jahitan ini mempunyai 10 orang pelajar terdiri daripada kalangan asnaf yang di pilih sendiri oleh Pengurus Besar Jabatan Agihan dan Pembangunan Asnaf, Tuan Haji Sofiyuddin Ismail menerusi proses temuduga. Mereka yang terpilih akan diajar oleh seorang tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Bermula dengan 10 unit mesin jahit lurus, 2 mesin jahit tepi,1 mesin jahit tepi halus dan 1 mesin jahit butang, para pelajar diberi latihan secara praktikal selama 3 bulan dan diberikan elaun sebanyak RM 450.00 sebulan.

Sehingga tahun 2014, mesin jahit lurus telah ditambah menjadi sebanyak 18 unit, begitu juga dengan mesin-mesin jahitan yang lain. Untuk makluman, LZNK telah membuka cawangan Bengkel Jahitan Asnaf di Kuala Muda pada tahun 2014 ini dan bermula April 2014, pekerja (asnaf) mula menerima tempahan baju untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah yang layak menerimanya.

Setelah tamat latihan, pekerja (asnaf) akan bekerja di Pusat Jahitan Asnaf dengan kadar upah mengikut tempahan yang diterima.

news_jahitan1
news_jahitan4
news_jahitan2
news_jahitan3
Top