Dalam memastikan matlamat dan fungsi penubuhan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berada pada landasan yang betul, visi dan misi LZNK menjadi panduan supaya pentadbiran kutipan dan agihan zakat terus berkembang dengan pesat sekaligus membantu asnaf di negeri Kedah ini untuk keluar daripada kepumpung kemiskinan.

Visi LZNK

Menjadi pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah ini.

Misi LZNK

Menguruskan kutipan dan agihan zakat dengan amanah, cekap, adil dan berkesan melalui:

Perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada pembayar dan asnaf zakat

Bekerjasama dengan pelbagai pihak

Pembangunan modal insan yang cekap dan dinamik

Aplikasi teknologi terkini

Kajian penambahbaikan setiap masa

Top