BANDAR BAHARU, 23 OKTOBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Haji Md Sharif Md Isa serta kakitangan beliau baru ini berkesempatan menyantuni sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Kuala Dingin Selama Kedah.
Mat Isa Darus, 44 tahun yang menyambut mesra kehadiran kakitangan Pejabat Zakat Bandar Baharu telah membawa menemui isterinya Aslinda Ramli, 35 tahun yang terlantar sakit sejak 2 bulan yang lalu. Pasangan ini tinggal di sebuah rumah pusaka dan belum dikurniakan cahaya mata.
Menurut Mat Isa, kejadian berlaku pada waktu malam apabila isterinya tiba-tiba mengalami epilipse atau lebih dikenali dengan penyakit “tarik” sekaligus isterinya dikejarkan ke hospital. Setelah mendapat rawatan, pihak hospital telah mengesahkan isterinya mengalami masalah buah pinggang dan dimasukkan ke wad selama sebulan.
Namun setelah keluar dari hospital sehingga kini, pengurusan diri Aslinda sepenuhnya dilakukan oleh Mat Isa kerana isterinya tidak dapat bergerak dan menguruskan diri sendiri.
Mat Isa hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan pada shif malam, oleh demikian ia membolehkan Mat Isa memantau dan menjaga isterinya diwaktu siang. Manakala pada waktu malam, Mat Isa meminta pertolongan daripada ibu saudara untuk mengambil alih urusan isterinya.
Haji Md Sharif Md Isa dalam pada itu berkata, (LZNK) akan cuba mempertimbangkan permohonan Mat Isa untuk membeli sebuah katil khas bagi memudahkan Mat Isa menguruskan isterinya.
350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH
“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740
“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf