IKLAN JAWATAN KOSONG

Butiran Jawatan :

1.  BIDANG : UKUR BAHAN
     SKIM JAWATAN : EKSEKUTIF GRED Z9
     TARAF JAWATAN : KONTRAK
     JUMLAH KEKOSONGAN : 1

2.  SKIM JAWATAN : PEMBANTU EKSEKUTIF GRED Z11
     TARAF JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT HARIAN
     JUMLAH KEKOSONGAN : 1

CARA MEMOHON

• Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my

• Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

• Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :

a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

• Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah :

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);
b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

• Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga pada 30 Julai 2020.

• Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WAN JAH 05200
ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
(u/p : Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia) 

en_USEnglish
en_USEnglish