10 JULAI 2018, Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan, LZNK hari ini berkesempatan menjalankan tinjauan keatas pelajar tajaan Zakat di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah, Bukit Besar dan Sekolah Menengah Islah, Pendang.

Program yang diberi nama “Jelajah Inspirasi Kecemerlangan Asnaf 1.0”, bertujuan pemantauan akademik dan majlis tandatangan akujanji pelajar dan waris dihadapan pihak LZNK dan pihak sekolah.

Seramai 12 orang pelajar cemerlang tingkatan 1 yang ditaja oleh LZNK melibatkan lebih 10 buah Sekolah Agama Rakyat yang menerima manfaat tersebut.

Menurut En Munib Md Aluddin, Ketua Unit Biasiswa dan Tajaan memaklumkan :

“Usaha pemantauan dari pihak LZNK akan diteruskan dari masa kesemasa bagi memastikan setiap skim pendidikan LZNK yang telah diperuntukkan, benar-benar memberi impak yang positif kepada kecemerlangan asnaf.”

#AsnafHebat