KUALA MUDA, 4 SEPTEMBER 2018 – ‘Syukur dan terima kasih’, itulah ungkapan yang diucapkan oleh Saiful Nizam Ghazali setelah permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan sebuah mesin MIG Welding Machine MIG 201 S 200 AMP diluluskan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Beliau yang mempunyai tanggungan seramai 3 orang mempunyai pengalaman menjalankan kerja-kerja kimpalan dan besi hampir 20 tahun.

Rumah yang disewanya kini dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan kerja-kerja kimpalan beliau. Dari hasil kerjanya itu, saiful menerima tempahan yang amat memberangsangkan dari orang perseorangan dan institusi seperti sekolah, surau dan juga masjid-masjid berdekatan.

Sebelum ini, saiful menggunakan mesin yang dipinjam dari kawannya dan kini beliau dapat menarik nafas lega atas sumbangan yang diterima.

Dengan Bantuan tersebut diharapkan agar saiful dapat memanfaatkan sepenuhnya dan dapat menambahkan lagi pendapatan beliau sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf