BALING, 25 JULAI 2018 – Pejabat Zakat Daerah Baling baru-baru ini berkesempatan berkunjung ke Bank Rakyat Cawangan Baling untuk tujuan bagi menyampaikan sedikit pencerahan dan taklimat ringkas berkaitan zakat.

Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Baling, Zainal Abidin berkata,  rata-rata kakitangan di bank rakyat tersebut sudah membuat potongan gaji sedia ada, manakala taklimat yang disampaikan ini lebih kepada pengetahuan zakat pelaburan, zakat saham, zakat emas dan lain-lain jenis zakat.

Dalam taklimat tersebut, seramai 25 orang kakitangan bank rakyat cawangan baling telah berpeluang menambah ilmu melalui perkongsian berkaitan jenis-jenis zakat yang telah disampaikan oleh Ustaz Mansor Musa.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”