KULIM, 30 DISEMBER 2018 – Nasib Mohamad Nazri Md Nor, 35 tahun, yang lumpuh akibat kemalangan jalanraya pada empat bulan yang lalu, nasibnya kini terbela apabila mendapat perhatian daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang turun menyalurkan bantuan kepada beliau.

Keadaan beliau yang hanya mampu terbaring telah menyentuh hati wakil Pejabat Zakat Daerah Kulim semasa mereka tiba untuk menghantar katil khas kepada Mohamad Nazri di Kampung Paya Jemerli.

Sebuah katil khas telah disalurkan kepada keluarga ini bagi menggantikan katil bujang yang digunakan oleh Nazri sejak empat bulan lalu. Katil yang diberikan ini mampu memberikan kemudahan kepada mereka untuk menguruskan dirinya dalam tempoh yang lebih lama.

Ustaz Mohd Khalil semasa ditemui berkata, pihak LZNK sentiasa memikirkan keselesaan dan keperluan asnaf sebelum dan semasa mengagihkan wang zakat dalam memastikan bantuan yang disalurkan ini dapat memberikan impak yang positif kepada penerima.

Pihaknya turut menjalankan tapisan demi tapisan keatas setiap permohonan bantuan bagi mengelakkan wang ini tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf