28 Mac 2017 – Penaung Zakat Kedah, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyerahkan bantuan Pakaian Seragam Sekolah kepada 29 buah sekolah di seluruh daerah Langkawi.

Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Tuan Haji Marzuki bin Haji Daud menerima serahan mock-check tersebut pada majlis yang diadakan di Masjid Riyadzussolihin, Mukim Ayer Hangat, Langkawi.

Turut hadir, pengerusi LZNK, Y.B. Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din yang juga merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Pada tahun ini, sebanyak RM145,000 wang zakat diagihkan kepada 29 buah sekolah bagi daerah Langkawi.