KUALA LUMPUR, 03 September 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah berkenan berangkat ke Majlis menunaikan zakat perniagaan daripada 4 buah Syarikat-Syarikat Korporat di Bilik Mengadap, Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur.


Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, Kuala Lumpur

Turut berangkat hadir pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah.

Zakat Perniagaan tersebut telah dipersembahan ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi syarikat-syarikat korporat tersebut.

Antara syarikat yang mendahului penyerahan zakat perniagaan ini Datuk Nik Mohamad Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, berjumlah RM 7,082,402.81, Mohd Fadhly Md Yusoff, Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Pembangunan Malaysia Berhad berjumlah RM 2,235,000.00

diikuti Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, berjumlah RM 2,129,726.62. dan Dato Rudy Rodzila Che Lamin, Head Regional Distribution Etika Takaful, berjumlah RM 2,096,359.00.

Sejurus sempurna persembahan zakat perniagaan tersebut Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang turut melafazkan bacaan doa.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah juga merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Datuk Shaikh Mahmood Naim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman.


Tuanku Sultan Kedah berkenan ke acara bergambar sejurus sempurna majlis persembahan zakat perniagaan

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”