LANGKAWI, 12 SEPTEMBER 2019 – Pejabat Zakat Daerah Langkawi dengan pantasnya bergegas ke lokasi kejadian apabila dilaporkan berlakunya satu tragedi kebakaran di Kairah Yoi, Mukim Bogor Langkawi.

Menurut Mangsa, Bashah sewaktu kejadian beliau masih berada di tempat kerjanya manakala suaminya dalam perjalanan ke tanah besar dan hanya seorang anak dan 2 orang cucu sahaja yang tinggal di rumahnya sewaktu kejadian,.

Dalam pada itu, Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelaman daerah Langkawi.

Terdahulu, Wakil Pejabat Zakat Daerah Langkawi hadir ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan segera berupa kit makanan asas kepada mangsa kebakaran.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”