KUALA MUDA, 12 OGOS 2018 – Hujan lebat dan angin kencang yang melanda baru-baru ini telah memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh keluarga Mohd Yusof Sulaiman yang tinggal di Kampung Telok Amboi, Kota Kuala Muda apabila sebatang pokok sentul yang berusia ratusan tahun telah tumbang dan menimpa bahagian dapur rumah beliau.

Susulan tragedi tersebut telah menyebabkan sebahagian besar atap bahagian dapur telah rosak teruk.

Terdahulu, Pejabat Zakat Kuala Muda telah menerima aduan mengenai kejadian tersebut daripada penolong amil yang telah bergegas membuat tinjauan di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pegawai Zakat Daerah, Ustaz Mohd Shabudin Ahmad telah menyalurkan bantuan segera berupa makanan asas sementara bantuan susulan musibah alam akan diproses sejurus menerima dokumen permohonan yang lengkap seperti salinan laporan polis dan sebagainya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf