KOTA SETAR, 18 FEBRUARI 2020 :- Siasatan kami mendapati pemohon (Zulhamri) baru sahaja menetap di kampung asal isterinya, dirumah arwah bapa saudara isterinya (rumah yang dhaif dan perlu dibaiki) di Kampung Belukar, Telaga Mas.

Pemohon berasal daripada Sabah. Sebelum ini, pemohon sekeluarga menetap di Kuala Lumpur. Selepas isteri pemohon sakit, pemohon terpaksa menjaga isterinya di rumah dan menyebabkan pemohon telah diberhentikan kerja akibat terlalu banyak mengambil cuti tanpa rekod.

Pemohon sekeluarga mengambil keputusan pulang ke kampung halaman isterinya, namun tidak terus pulang ke rumah selepas isterinya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama sebulan akibat penyakit kencing manis (diabetes) yang dihidapi isterinya.


Keadaan isteri pemohon yang menghidap penyakit kencing manis

Pemohon mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Kes ini menjadi tular selepas guru di sekolah anak pemohon di Telaga Mas membuat laporan kepada Berita Harian.

Dalam siasatan berkenaan pihak LZNK telah menyerahkan wang ihsan segera RM 300.00 serta Kit Makanan Asasi LZNK kepada pemohon sekeluarga.

Bantuan susulan akan disalurkan kepada pemohon selepas segala urusan borang permohonan dilengkapkan dan diluluskan.

Pihak LZNK mengucapkan Terima kasih kepada semua pihak yang memberi informasi ini kepada LZNK khususnya Penghulu Mukim Telaga Mas, Penolong Amil Kariah Masjid Telaga Mas, serta semua pihak yang membantu secara lansung atau tidak lansung dalam menjejaki asnaf dalam Daerah Kota Setar.

Sebarang aduan, cadangan mahupun pertanyaan boleh menghubungi Talian Bebas Tol LZNK ditalian 1-800-88-1740. “Asnaf Disantuni, Pembayar Diberkati”.


Keadaan rumah pemohon yang kelihatan agak dhaif dan mengalami kerosakan

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”