BALING, 27 JANUARI 2019 – Kesusahan dan kesempitan hidup yang dialami oleh sepasang keluarga di Kampung Keledang Kuala Pegang, Baling membuatkan pihak zakat baling terpanggil untuk melihat sendiri keadaan mereka.

Abdullah Lebai Ahmad, 63 tahun dan Rahidah Lazim, 46 tahun masing-masing mengalami penyakit yang berbeza.

Abdullah disahkan menghidap kanser beberapa tahun lalu, dan situasi yang berbeza apabila isteri beliau pula disahkan menghidap katarak mata dan turut dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Mereka mempunyai 5 orang anak, seorang anak lelaki yang diharapkan dapat menyara keluarga selama ini juga terlibat dalam kemalangan.

Segala hal pengurusan Abdullah dan Rahidah untuk ke hospital bagi menjalani rawatan susulan kini terpaksa dibantu oleh sanak saudara kerana mereka tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk bergerak.

Amat memilukan, anak bongsu mereka tidak ke sekolah kerana keluarga tersebut tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menghantar anak ke sekolah.

Terdahulu, Pegawai Dakat Daerah Baling, Us Ahmad Mustaqim sempat menyerahkan bantuan kit makanan asas dan menyerahkan borang permohonan bantuan selanjutnya dapat disalurkan dalam masa yang singkat bagi meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf