21 Disember 2016 – Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) hari ini menunaikan rukun Islam ke-3 apabila menunaikan zakat perniagaan mereka bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Penyerahan zakat sebanyak RM365,000.00 dilakukan oleh bendahari koperasi, Tuan Haji Arif bin Abdullah kepada Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob selaku Ketua Pegawai Eksekutif LZNK sambil disaksikan oleh Puan Subaidah bt Ishak selaku Pengurus Koperasi KCS.

Kami (LZNK) berterima kasih atas kesudian Koperasi KCS terus setia membayar zakat kepada kami dan besar maknanya wang zakat ini kepada asnaf di negeri Kedah ini. Semoga Koperasi ini akan terus mendapat keberkatan dan terus berkembang maju.

 

news_kcs2