19 DISEMBER 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini telah membuat satu kunjungan mesra  ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN) tengahari tadi.

Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Kedah, Dato’ Dr. Norhizan Ismail dan kakitangan daripada (JKN).

Tujuan kunjungan mesra dan perbincangan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim serta kerjasama antara (LZNK) dan (JKN).

Dalam masa sama, Syeikh Zakaria Othman turut berkata, bahawa pihak (LZNK) akan melantik (JKN) untuk menjadi ejen kutipan zakat yang sah, selain itu (LZNK) juga akan mengadakan taklimat mengenai zakat mengikut taksiran yang tepat di semua Hospital dan Klinik Kesihatan khususnya di seluruh Negeri Kedah ini.

Menurut beliau lagi, agensi dan syarikat yang membayar zakat berpeluang mendapat agihan balik untuk diagihkan kepada mereka yang berkelayakan.

Turut hadir sama dalam kunjungan tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Dakwah dan Kutipan, Mohd Faisal Mustaffa.