Utama Berita Kutipan LZNK ANJUR MAJLIS DAURAH FIQH ZAKAT BERSAMA EJEN SEKOLAH AGAMA (ESA)

LZNK ANJUR MAJLIS DAURAH FIQH ZAKAT BERSAMA EJEN SEKOLAH AGAMA (ESA)

212

ALOR SETAR, 2 APRIL 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah, baru-baru ini telah melangsungkan satu Majlis Daurah Fiqh Zakat di TH Hotel & Convention Centre bersama Faqih Mazhab ASY-Syafie dan Ulama Muhaddis di Syiria iaitu Syeikh Dr. Mustafa DIB Al-Bugha.

Selain itu majlis tersebut juga turut melibatkan 112 Ejen-Ejen Sekolah Agama (ESA) seluruh negeri Kedah, Agensi Kerajaan, Badan Korporat serta perseorangan.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 11 buah Ejen Sekolah Agama telah menerima Anugerah Kutipan Cemerlang bagi tahun 2018.

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Langkawi telah menerima Anugerah Kutipan Tertinggi Tahun 2018 dengan jumlah kutipan sebanyak RM 1,669,582.77, manakala Pondok Moden Darussalam, Changlun Kubang Pasu telah dinobatkan penerima Anugerah Peningkatan Peratusan Kutipan 2018.

Dalam majlis yang sama Dr. Syeikh Mustafa turut menghuraikan ilmu Kitab Mukaddimah Hadramiyyah yang diterjemahkan oleh Dr. Akli Ahmad, Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Ustaz Hazwan Syah Nizam daripada Bahagian Dakwah Dan Penyelidikan.

Majlis anjuran Jabatan Pengurusan Zakat Korporat & Bahagian Dakwah dan Penyelidikan serta gabungan jabatan-jabatan lain turut diserikan dengan pembukaan kiosk Produk Asnaf oleh para usahawan asnaf LZNK dengan bantuan Bahagian Pembangunan Asnaf.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf