ALOR SETAR, 22 MAC 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya akan membuat penambahan set bekalan makanan serta bantuan kepada sektor-sektor kritikal seperti sektor kesihatan.

Katanya, tindakan berkenaan diputuskan melalui Mesyuarat Khas Agihan Zakat untuk membantu golongan asnaf dan golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19 di edah yang dipengerusikan oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.

“Dalam mesyuarat itu, kita memutuskan akan memastikan bekalan makanan tidak terputus di masjid dengan penambahan set bekalan makanan dan bantuan kepada sektor-sektor kritikal seperti sektor kesihatan.

“Walaupun operasi luaran ditutup, tetapi operasi dalaman LZNK beroperasi seperti biasa bagi memastikan golongan asnaf tetap terbela,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, terdapat dua bilik operasi iaitu Bilik Gerakan Khas yang diketuai beliau dan Bilik Gerakan Media dibuka bagi memastikan perjalanan LZNK untuk memantau perkembangan semasa di negeri Kedah agar berjalan lancar.

 

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”