ALOR SETAR, 24 DISEMBER 2021 :- Lembaga Zakat Kedah (LZNK) menyumbang 24,000 kampit beras bernilai RM284,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di negeri Selangor, Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman, berkata inisiatif itu sudah mendapat perkenan daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Beliau berkata, bantuan beras terbabit dihantar menggunakan empat buah treler pada majlis pelepasan misi bantuan banjir LZNK yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, di Stadium Darul Aman pada jam 2 petang.

“Semua treler berkenaan akan membawa muatan beras. Dua treler terbabit akan bergerak ke Selangor, manakala masing-masing sebuah ke Kuala Lumpur dan Pahang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelepasan konvoi tersebut

Selain membawa bantuan beras, Zakaria berkata, konvoi itu akan turut disertai lori kecil, klinik bergerak LZNK dan kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata, klinik bergerak LZNK dilengkapi bekalan ubat-ubatan serta peralatan pemeriksaan kesihatan yang akan diuruskan oleh kakitangan perubatan Kedah Medical Centre (KMC).

 

Disunting Oleh : Unit Penerangan, Bahagian Komunikasi Strategik


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”