ALOR SETAR, 08 DISEMBER 2020 – Antara asbab kejayaan pembebasan Baitul Maqdis dari cengkaman tentera salib adalah perancangan jangka masa panjang yg disusun sejak zaman Sultan Imaduddin Az-Zanki, lalu disambung oleh anakandanya Sultan Nuruddin Az-Zanki dan akhirnya kejayaan tersebut dapat dikecapi di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.

Ini bermaksud sesebuah kejayaan yg luar biasa bermula dgn perancangan dan strategi yg telah diatur sejak sekian lama.
Alhamdulillah sebentar tadi (8 Disember 2020) telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Strategik LZNK 2021-2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Ammar bin Dato Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Pelan strategik ini adalah hasil garapan idea dan kerjasama antara pihak LZNK bersama pasukan pakar penyelidik dari UUM melalui geran perundingan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) UUM.
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah termasuk SS Dato Paduka Mufti Kerajaan Negeri Kedah, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dan ahli-ahli yang lain.
Turut diadakan juga adalah simbolik Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 kepada LZNK.
Semoga dengan perancangan ini akan menatijahkan hasil yg optimum dalam memberi khidmat kpd ummah melalui platform institusi zakat.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”