21 DISEMBER 2017 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini telah menyumbang RM1.06 juta kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan mangsa banjir di Negeri Kedah serta Pulau Pinang.

Pada majlis tersebut, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua (MUIP) telah perkenan menyampaikan bantuan tersebut kepada IJN yang menerima RM1 juta manakala masing-masing RM30,000 diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman dan wakil  dari Pusat  Zakat Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.


KDYMM Pemangku Raja Pahang telah perkenan bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK) Syeikh Zakaria Othman