Newsletter
Newsletter

MAJLIS AGIHAN ZAKAT & BERBUKA PUASA BERSAMA TUANKU SULTAN KEDAH 2026

Scroll down

16 March 2026

10:06 AM

izzati

ALOR SETAR, 15 Mac 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Agihan Zakat dan Berbuka Puasa di Dewan Insaniah, Kompleks Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Dalam majlis tersebut, baginda turut menerima zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat dengan jumlah keseluruhan RM6.73 juta.

Pada masa sama, baginda berkenan menyempurnakan gimik Agihan Zakat Tahun 2026 berjumlah RM421.9 juta yang diagihkan melalui lima sektor utama iaitu makanan, sara hidup dan pakaian; tempat tinggal; pendidikan; kesihatan; serta kebajikan.

Selain itu, agihan zakat fitrah berjumlah RM13.5 juta turut disalurkan kepada golongan asnaf fakir, miskin, muallaf dan fisabilillah.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Penolong Amil Terbaik Peringkat Daerah kepada 12 penerima serta Anugerah Tokoh Penolong Amil Negeri Kedah 2025 kepada dua individu yang menerima wang tunai, sijil penghargaan dan pakej umrah tajaan.

Baginda juga berkenan menunaikan bayaran zakat fitrah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

#LZNK #seindahsyukur #zakatkedah

Posted in Berita Agihan, Berita Utama
Write a comment