Newsletter
Newsletter

MAJLIS HI-TEA DAN MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KORPORAT KEPADA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Scroll down

11 February 2026

6:00 AM

izzati

ALOR SETAR, 11 Februari 2026 (Khamis) – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea dan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh syarikat-syarikat korporat bertempat di Dewan Insaniah, Kompleks LZNK, Mergong.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan serta kerjasama erat antara LZNK dan rakan-rakan korporat dalam menunaikan kewajipan zakat perniagaan selaras dengan tuntutan syarak, demi memperkasa kesejahteraan ummah di negeri Kedah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah. Turut hadir ialah Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK dan Abd Rahman bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh syarikat-syarikat pembayar zakat sebagai tanda komitmen dan tanggungjawab korporat dalam menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat melalui institusi zakat.

LZNK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembayar zakat atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan. Kepercayaan tersebut menjadi asas penting dalam memastikan amanah zakat ditadbir secara telus, berintegriti serta memberi manfaat berterusan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

#LZNK #ZakatKedah #Sadaqah4U

Posted in Berita Kutipan
Write a comment