BALING, 19 DISEMBER 2018– Pejabat Zakat Daerah Baling baru-baru ini telah mengadakan satu Majlis penyerahan bantuan persekolahan bagi sesi 2019 kepada seramai 80 orang penerima dalam kalangan ibubapa dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Dalam Wang, Baling Kedah.

Majlis yang berlangsung tersebut turut melibatkan kerjasama daripada Yang Di Pertua PIBG serta warga Sekolah Kebangsaan Dalam Wang, Persatuan Perantau Cakna, Imam Kariah dan juga Pejabat Zakat Daerah Baling sendiri.

Menurut, Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin, Bantuan yang diberikan kepada penerima tersebut merupakan set makanan asas kepada ibu bapa pelajar, dan kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah, perkakas alat tulis dan baju sekolah kepada murid-murid SK Dalam Wang.

Justeru, sumbangan yang diberikan pada mereka sedikit sebanyak dapat meringankan tanggungan ibubapa yang rata-rata mereka daripada golongan penoreh getah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf