Newsletter
Newsletter

MAJLIS PENYERAHAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT RHB ISLAMIC BANK KEPADA LZNK

Scroll down

10 September 2024

8:53 am

Syed Taqiuddin

YAN, 05 SEPTEMBER 2024 :- Majlis Penyerahan Wakalah Agihan Zakat RHB Islamic Bank bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Kilang Padi Zakat Yan, Kedah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan RHB Islamic Bank, Dato’ Adissadikin Ali bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Othman.

Ia secara tidak langsung menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha membangunkan sosioekonomi asnaf di Kedah melalui Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA).

Dalam majlis ini, RHB Islamic Bank menyerahkan dua jentera pembajak dan sebuah ‘forklift’ bernilai RM 341,000.00. Ini adalah lanjutan daripada kerjasama terdahulu yang menyaksikan sumbangan lori dan dron pertanian dengan jumlah keseluruhan sumbangan kini mencecah RM 611,956.00.

Projek ini bertujuan membantu pesawah asnaf yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuk kenaikan harga diesel.

Melalui penggunaan jentera dan peralatan moden, peserta projek Smart SBBA dapat menjimatkan kos sehingga RM 812.11 bagi kerja tanah dan RM 395.67 untuk penggunaan mesin padi bagi setiap hektar. Penjimatan ini memberi kesan langsung kepada pendapatan pesawah yang kini mampu mengekalkan keuntungan di sebalik kos operasi yang tinggi.

Selain itu, LZNK juga mengumumkan komitmen untuk terus terbuka dalam sebarang bentuk kerjasama bagi membangunkan asnaf, termasuk dalam bidang pendidikan pada tahun hadapan, dengan fokus kepada pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) untuk anak-anak yang kurang cemerlang dalam akademik. Ini membuka peluang kepada bank dan institusi lain untuk turut serta dalam pembangunan potensi generasi muda.

Kerjasama ini memperkukuh usaha bersama untuk membangunkan asnaf dan ummah di negeri Kedah, selaras dengan kata-kata, “Kedah, negeri tempat orang miskin berpaut, tempat orang kaya berbakti”.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan, Komunikasi dan Penerangan Kedah, YB. Dato’ Ustaz Mohd Azam Abdul Samat dan Ahli Parlimen Jerai, YB. Ustaz Sabri Azit.

Disunting Oleh : Divisyen Pemasaran Media, Digital dan Pelan Perniagaan.

Posted in Uncategorized
Write a comment

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2025

SILA KLIK DI SINI