ISNIN, 02 SEPTEMBER 2024 :- Majlis perasmian jentera menuai padi sumbangan CIMB Islamic Bank Berhad telah berlangsung dengan jayanya di Tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) Batu 16 Padang Lumat, Yan.
“Kalau dulu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank mai bisik kat telinga saya pasai mesin padi, hari ni jadi sungguh..” begitu kata Dato Syeikh Zakaria Othman di dalam ucapan beliau ketika upacara perasmian Jentera Menuai Padi Sumbangan CIMB Islamic Bank Berhad di Tapak SBBA Batu 16 Padang Lumat Kedah.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Bin Mohd Shariff bersama beberapa wakil dari CIMB Islamic Bank, merasmikan sebuah jentera menuai model New Holland yang berharga RM 298,000.00.
“Pihak kami mencari projek-projek yang berimpak tinggi, kami inginkan kesinambungan di mana peserta dapat membangunkan ekonomi sendiri dan keluarga mereka turut bangkit dan akhirnya mereka dapat menyumbang kembali dengan berzakat.” Kata beliau di dalam ucapan perasmiannya.

Selaras dengan pelancaran Project Hassan di Global Forum on Islamic Economics and Finance 2024 (GFIEF) oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, projek ini bertujuan meningkatkan sosio ekonomi asnaf di negeri Kedah dan juga turut membantu pesawah yang tersepit dgn kos yang makin meningkat saban tahun.

Disunting Oleh : Divisyen Pemasaran Media, Digital dan Pelan Perniagaan