Newsletter
Newsletter

MAJLIS PERASMIAN PONDOK WARGA EMAS DARUL HIDAYAH : KERJASAMA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Scroll down

2 April 2025

11:22 am

Syed Taqiuddin

ALOR SETAR, 19 MAC 2025 – Majlis Perasmian Pondok Warga Emas Darul Hidayah telah berjaya disempurnakan dengan penuh kejayaan. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Lembaga Zakat Negeri Kedah dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha membela kebajikan warga emas yang memerlukan.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil Haji Awang. Perasmian ini juga menandakan satu lagi pencapaian dalam memperkasakan kebajikan masyarakat melalui dana zakat.

Sebanyak 15 unit pondok telah siap dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM644,444.00. Pondok-pondok ini mampu menempatkan 30 orang warga emas yang memerlukan tempat tinggal yang selesa dan kondusif. Inisiatif ini bukan hanya sekadar menyediakan tempat berteduh, tetapi bertujuan untuk memastikan kebajikan, keselesaan, dan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

Pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, dan usaha dalam merealisasikan projek ini. Semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang mempermudahkan urusan saudaranya, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Pondok Warga Emas Darul Hidayah ini menjadi tempat yang membawa ketenangan, kebahagiaan, dan keberkatan kepada para penghuni serta seluruh masyarakat.

Posted in Uncategorized
Write a comment

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2025

SILA KLIK DI SINI