YAN, 24 JULAI 2018 – Pegawai Pejabat Zakat Daerah Yan, Hj. Logman Husain dan Wakil Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan Zakat Kedah baru-baru ini berkesempatan turun padang bagi melawat keadaan rumah mangsa ribut, Nasri Seman 46 tahun yang merupakan seorang pekerja am di Syarikat Environment Idaman SDN. BHD.

Menurutnya, beliau hanya berpendapatan sekitar RM900 sebulan dan perlu menyara seorang isteri serta 3 orang anaknya yang kini masih bersekolah.

Menurut Nasri, kejadian ribut yang melanda baru-baru ini telah mengakibatkan sebahagian besar atap rumahnya diterbangkan angin dan mengalami kerosakan yang teruk.

Tambahnya lagi, dengan pendapatan beliau yang tidak seberapa itu, mereka sekeluarga terpaksa tinggal berteduh di bahagian dapur rumah sahaja akibat daripada ketidakmampuan beliau untuk membaiki rumah tersebut dengan kadar segera.

Namun begitu, keresahan beliau kini sedikit terubat apabila pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Yan telah meluluskan bantuan baikpulih rumah mereka.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”