JERANTUT, 11 JANUARI 2021 : Pagi ini misi perjalanan bantuan banjir LZNK ke Negeri Pahang diteruskan ke Jerantut Pahang bagi tujuan mengagihkan bantuan makanan sebanyak 1 treler 6,000 kampit beras bersamaan 30 tan serta 60 karton kicap dan sos di Pusat Simpanan Jerantut (Sek Tunas Bakti Jerantut).

Sama-sama kita doakan agar perjalanan konvoi bantuan banjir LZNK di Pahang ini serta semua petugas-petugas dalam misi bantuan khas LZNK di Pahang ini diberi kekuatan, kemudahan dan dijauhkan dari segala penyakit dan bencana. InsyaAllah.
Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah
350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH
“PEDULI ASNAF??
HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740
“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”