Muat-turun borang bantuan beserta panduan permohonan dibawah ini.

Biasiswa Pendidikan IPTA Lembaga Zakat Negeri Kedah

Berita baik kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) anak Negeri Kedah, anda kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Pendidikan LZNK bagi Tahun 2018. Syarat permohonan ini terbuka kepada semua bidang pengajian yang diiktiraf MQA dan JPA. Permohonan Biasiswa Pendidikan ini dibuka secara dalam talian melalui Portal Biasiswa LZNK. Tarikh Tutup Lanjutan Permohonan sebelum atau pada 14 November 2018.

.

Permohonan Kaunter Bergerak

LZNK mempunyai Kaunter Zakat Bergerak yang bertujuan untuk mengadakan pameran mahupun sebagai tempat tumpuan orang ramai bertanyakan soalan, kemusykilan serta permohonan bantuan zakat.

Permohonan Tazkirah & Khutbah Jumaat

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pencerahan mengenai perihal zakat melalui tazkirah/khutbah Jumaat, lengkapkan borang ini.

Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir/Jordan/Indonesia/Maghribi

Tawaran Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke Indonesia, Mesir, Jordan dan Maghribi kini dibuka! Sila klik pautan tersebut untuk terma dan syarat.

Dermasiswa Awal IPT Luar Negara (2018)

Bakal melanjutkan pengajian di IPT Luar Negara tetapi tidak berkemampuan untuk menjelaskan yuran? Bantuan ini akan meringankan beban kewangan anda di awal kemasukan ke IPT.

Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan (2018)

Baru melanjutkan pengajian di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana/PhD? Bantuan ini untuk anda bagi yang baru memasuki pengajian awal di dalam negara.

Tawaran Biasiswa Penuh Pendidikan (UniSHAMS) Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Permohonan Biasiswa Penuh Pendidikan (UniSHAMS) Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman kini dibuka! Bidang Pengajian :

DIPLOMA

  1. Perakaunan
  2. Perbankan ISlam
  3. Tahfiz Wal Kiraat
  4. Pengajian Islam

IJAZAH

  1. Usuluddin
  2. Syariah
  3. Pengajian Tahfiz Wal Qiraat
  4. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam & Perbankan Islam)

Muat turun Syarat Kelayakan dan borang permohonan sekarang!

Tarikh tutup permohonan :

16 OGOS 2018

Program Kemahiran Industri Belia Asnaf Negeri Kedah

Permohonan  Menyertai Program Kemahiran Industri Belia Asnaf Kedah kini DIBUKA! Muat turun syarat-syarat permohonan beserta borang untuk diisi dan hantar kepada kami sebelum atau pada 25 OKTOBER 2018.

Permohonan Tempahan Dewan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Tempahan Dewan Lembaga Zakat Negeri Kedah kini dibuka sepanjang tahun!

Kemudahan yang disediakan termasuklah:

  • Dewan Berhawa Dingin
  • Meja Banquet
  • Kerusi Plastik
  • Sofa
  • Sistem Siaraya

Muat turun syarat-syarat beserta borang tempahan dan hantarkan kepada kami sekarang!

Permohonan Bantuan Penuntut Pengajian Pondok 2018

Permohonan  Bantuan Pengajian Pondok Umumi Negeri Kedah Darul Aman kini DIBUKA! Muat turun syarat-syarat permohonan beserta borang untuk diisi dan hantar kepada kami sebelum atau pada 27 SEPTEMBER 2018.

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2019

Tawaran kemasukan ke tingkatan 1 Maahad Dini Sultan Abdul Halim kini dibuka!  Muat turun syarat dan borang permohonan dan hantarkan ke Pejabat Maahad Dini Sultan Abdul Halim sebelum atau pada 29 November 2018.

Permohonan secara online juga tersedia di pautan ini :

Top