30 April 2017 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini menerusi Program Dialog Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah melancarkan nombor aduan melalui aplikasi Whatsapp.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Tuan Haji Zakaria bin Othman yang juga panel Dialog Bersama NGO tersebut merasmikan nombor aduan berkenaan.

…Lebih mudah dan cepat! Itulah inisiatif terbaru LZNK dalam membantu lebih ramai asnaf serta memudahkan orang ramai melaporkan asnaf kepada LZNK.

Beliau yang merasmikan nombor aduan berkenaan ketika ditemui berkata, setelah media sosial facebook Zakat Kedah berjaya mencapai like lebih 20 ribu orang, nombor aduan melalui aplikasi Whatsapp diperkenalkan.

…24 jam! 7 hari seminggu! Medium baru yang bakal mempercepatkan penyampaian maklumat kepada kami.

Beliau turut mengulas dengan medium ini, kerjasama semua badan-badan NGO sama ada perseorangan mahupun persatuan adalah sangat diharapkan dalam bersama-sama membantu menyampaikan maklumat sekaligus membantu asnaf di seluruh negeri Kedah ini.

…019-4181740, inilah nombor aduan rasmi LZNK. Sampaikan maklumat kepada kami dan insya Allah, pihak kami akan mengambil tindakan pantas terhadap aduan anda.