KOTA SETAR, 24 SEPTEMBER 2018 – Program Multaqa Maasajid dan Sambutan Maal Hijrah sempena Ulang Tahun ke 150 Masjid Nurul Ehsan Mukim Kubang Rotan telah berlangsung baru-baru ini di Pentas Utama Perkarangan Masjid Nurul Ehsan Mukim Kubang Rotan bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) yang diketuai oleh Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad hadir untuk merasmikan Pelancaran Tabung Kebajikan Masjid Nurul Ehsan seterusnya menyampaikan Sumbangan kepada 50 orang asnaf fakir miskin yang berupa Kit Bantuan Makanan Asasi.

Selain itu, diadakan juga gimik pemberian kunci rumah kepada 3 orang penerima Bantuan Baikpulih Rumah manakala, seramai 8 orang asnaf yang dinyatakan layak untuk menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK).

Terdahulu, Imam Kariah Masjid Nurul Ehsan, Ustaz Abdul Azid Husin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah(LZNK) khususnya yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Beliau juga berharap semoga lebih ramai lagi golongan korporat atau orang perseorangan membayar zakat melalui masjid selaku Agen Amil LZNK supaya kutipan zakat meningkat serta lebih ramai asnaf fakir miskin dapat menerima manfaat daripadanya.

Dalam pada itu, salah seorang Penerima Bantuan Baikpulih Rumah, Idaris Zakaria, 55 tahun dari Kampung Tanjung Besar, Mukim Kubang Rotan mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan para pembayar zakat kerana dengan bantuan yang diterima kini beliau sekeluarga telah mampu tinggal di kediaman yang lebih selesa dari sebelum ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf