LANGKAWI, 02 OGOS 2018 – Pegawai Zakat Daerah Langkawi, Ustaz Yusuf  Ahmad berpeluang turun padang bagi menziarahi sebuah keluarga mualaf di Kampung Padang Matsirat baru-baru ini.

Ridzuan Chong Abdullah, 50 tahun merupakan salah seorang penerima bantuan perniagaan di bawah skim bantuan jayadiri Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Langkawi.

Menurut Ridzuan Chong, dengan perniagaan tersebut beliau dapat menyara seorang isteri dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah di Kampung Padang Matsirat.

Dalam pada itu, Ustaz Yusuf Ahmad dalam ziarah tersebut berkata, Nasi Ayam Hainan Ridzuan mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga mempunyai pelanggan yang tetap setiap hari.

Salah seorang daripada pelanggan Ridzuan Chong turut berkongsi pandangannya dengan menyatakan bahawa nasi ayam hainan yang dibuat olehnya bukan sahaja sangat sedap malah harganya sangat berpatutan.

 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”