KULIM, 14 OGOS 2018 – Nasib sebuah keluarga yang kehilangan ketua keluarga akibat kemalangan jalanraya pada 22 Julai lalu telah mendapat perhatian daripada Pejabat Zakat Daerah Kulim melalui pegawainya, Ustaz Mohd Khairi Ishak yang berkesempatan menyantuni keluarga ini di Taman Desa Seni, Kulim.

Dalam lawatan tersebut, Mohd Khairi Ishak turut menyerahkan kit bantuan makanan asas kepada puan Noraziah memandangkan beliau tidak bekerja pada masa sekarang dan tiada sumber pendapatan asas. Malahan, beliau perlu menyara empat orang anaknya yang masih bersekolah.

Menurut Mohd Khairi, pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim akan berusaha membantu keluarga ini bagi menyalurkan bantuan yang selayaknya setelah semua proses dokumentasi selesai.

“Masih ramai dikalangan masyarakat tidak tahu bahawa pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melantik wakil (Penolong Amil) di setiap kariah dalam negeri ini bagi memudahkan urusan permohonan bantuan”

“Pihak kami akan berusaha menyebarkan info berkenaan perlantikan ini melalui pihak masjid agar setiap asnaf yang berada di daerah ini dapat membuat permohonan bantuan tanpa perlu hadir ke pejabat zakat”, kata beliau ketika ditemui di Taman Desa Seni baru-baru ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf