10 April 2017 – Kebakaran yang berlaku pada hari Sabtu, jam 7:15 petang menjadi sejarah hitam buat Mohd Nasri Ahmad dan keluarga.

Mohd Nasri Ahmad, 52, berkata ketika kejadian beliau berada di kedai runcit tidak jauh daripada rumah beliau apabila dimaklumkan rumahnya di Kampung Tebu terbakar.

…sebaik dimaklumkan kebakaran, saya terus bergegas ke rumah saya dan mendapati api mulai marak bermula di bilik utama.

Isterinya, Nor Hashimah Ibrahim, 47, berkata ketika kejadian, beliau berada bersama anak lelakinya dihalaman rumahnya.

…saya terhidu bau asap yang kuat datangnya daripada dalam rumah dan kemudiannya menyedari api datang daripada sebuah bilik utama kami.

Pun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyalurkan bantuan kecemasan berupa keperluan asasi.

Pengurus zakat cawangan Kota Setar, Shahabudin Ahmad berkata, pakaian persekolahan akan diberikan kepada anak beliau yang sedang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Kampung.