PADANG TERAP, 27 OGOS 2018 – Pegawai Zakat Daerah Padang Terap ustaz Ilyas Ibrahim bersama kakitangan beliau berkesempatan turun padang bagi memantau pusat agihan makanan di samping turut memaparkan senarai nama penerima bantuan bulanan dan lain-lain bantuan dipapan kenyataan zakat bagi 34 buah masjid sekitar Daerah Padang Terap.

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberi maklumat yang jelas kepada masyarakat  setempat berkaitan pendekatan yang telah dilaksanakan dalam mewujudkan ketelusan pengagihan bantuan zakat yang telah diadaptasi selama ini.

Menurut Ustaz Ilyas, Pejabat Zakat Daerah Padang Terap turut membuat pemantauan ke atas 9 buah penempatan pusat agihan makanan yang diwujudkan agar berjalan mengikut terma yang telah ditetapkan bagi membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan dari segi keperluan barangan makanan asas.

Diharapkan perlaksanaan aktiviti yang sebegini dapat melancarkan lagi setiap perancangan yang telah dirangka bagi memberi keberkesanan dalam sistem urus tadbir Lembaga Zakat Negeri Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf